Friday, February 15, 2013

Susun atur meja solek

Antara perkara paling seronok bagi saya ialah menyusun atur meja solek dalam bilik. Seronok sebab ade banyak kemungkinan yang boleh dilakukan.

Langkah-langkah dalam susun atur:-


  • Kosongkan meja solek
  • Lap habuk-habuk yang terkumpul
  • Kelaskan barang-barang ikut kategori
  • Rancang kedudukan barang dan rangkakan dalam bentuk lukisan
  • Senaraikan barang-barang yang perlu dibeli
  • Beli barangan yang perlu
  • Susun barang-barang sambil melabel
  • Hias meja solek ikut tema bilik
Maka, sekarang saya akan senaraikan barang-barang yang saya rancang nak letak di meja solek.Alat-alat solek
  • Perfume
  • Alat-alat facial
  • Alat-alat travel
  • Stok barangan penjagaan diri
  • Pakaian
  • Pewangi bilik
  • Lotion & bedak
Meja solek

  • Hijau: bahagian atas bersama sliding mirror
  • Pink: bahagian bawah berlaci

Meja solek



Rangka susun atur

Susun atur meja solek





Tema: Girly pink, Paris, vintage

Senarai barang perlu dibeli:-
  • Sticker label dari DAISO
  • Permanent marker artline
  • Bekas pakaian (2) dari DAISO
  • Bekas untuk barang kecil dari DAISO
  • Bekas untuk barang travel dari DAISO
  • Set pewangi bilik
p/s: Mungkin ade tambahan atau perubahan dari semasa ke semasa



Tema bilik

Rumah yang bakal kami sewa ialah sebuah rumah teres dua tingkat yang mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air. Ini sudah sangat luas dan mencukupi untuk diduduki oleh kami sepasang suami isteri bersama ibu mertuaku, Alhamdulillah. Sekarang, proses mengecat sedang dilakukan.

Tema warna bagi ruang-ruang di dalam rumah:-

  • Ruang tamu dan ruang makan tamu: Oren+peach, tema warna-warna bumi atau natural.
contoh

  • Dapur: Hijau pucuk pisang/kuning, tema ceria dan cerah
contoh

  • Bilik bawah (bilik mak): Kuning/pink, tema ceria dan cerah
contoh

  • Master bedroom: Latte+cream, tema warna-warna bumi dipadankan dengan warna-warna ceria ikut mood
contoh

  • Bilik tamu: Turquoise, tema ceria
contoh

  • Bilik study: Turquoise, tema ceria
contoh

Apa-apa pun, ini semua dalam perancangan. Allah jua yang menentukan samada konsep yang dipilih menjadi ke tidak. Bergantung pada budget juga ye tak. Sekadar ada sudah cukup bagi saya. 

Pindah rumah baru

Alhamdulillah hampir tiga bulan sudah kami mendirikan rumahtangga. Saat ini kami amat bahagia meniti kehidupan berumahtangga yang banyak cabaran tanpa disangka-sangka. Sekarang kami dalam proses pindah rumah baru yang kini sedang di-renovate. Tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri, bina keluarga sendiri. Pelan-pelan kayuh. Yang paling seronok, punya dapur sendiri. Alhamdulillah seronok. Insyaallah dalam dua minggu lagi kami akan mula pindah sikit-sikit. Sekarang penuh barang kami di ruang tamu rumah ummi. Seronok sebab start life berumahtangga dalam serba kekurangan, maka susah sama-sama membina kejayaan sama-sama. Now I will officially appoint myself as the manager of my own home. Bliss!


Rumahku syurgaku